MENJUAL TUDUNG,PAKAIAN MUSLIMAH & KASUAL BERJENAMA ID,DF, HAWA,EZE FASHION,RUBY,LAVINCI,SOPHY,FEMINA & NONA.
5)Persetujuan tentang a/c bank,harus bersama @ berasingan?
Ini berdasarkan:
-Kemudahan&keselesaan masing2.
-Tahap kepercayaan antara pasangan
Ada pasangan yg mempunyai a/c berasingan tetapi no.kad ATM diketahui jika terjadi kecemasan (bukan hanya kematian tetapi pasangan mengalami strok/koma)
6)Penamaan untuk tabungan KWSP
Isu ini juga harus dibincangkan kerana ramai lelaki bujang yang meletakkan ibu sebagai penama apabila mula bekerja.Malangnya,apabila sudah bergelar suami, si anak masih tidak menukar penama.Jadi apabila berlaku kematian, ibu mentua tidak mahu memberi wang KWSP arwah anaknya kepada menantu&cucu.Wang KWSP perlu dibahagikan mengikut kaedah faraid.
Kesimpulannya,apabila melayari bahtera perkahwinan, komunikasi tentang wang sering menjadi punca konflik lebih2 lagi jika sudah dilanda masalah hutang.Jika pada awal perkahwinan lagi, setiap pasangan berlapang dada untuk berkongsi informasi tentang kewangan masing2, insyaalah ketidak sefahaman tidak akan wujud dan sentiasalah berbincang & bertolak ansur.